Perkhidmatan Project Management Coordinator (PMC)
bagi Pembangunan Portal Pusat Maklumat Industri Pembinaan Negara (NCIIC)
A few details
Peranan CIDBEC dalam projek ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan projek, penyelarasan (PMC) sepanjang pembangunan portal NCIIC. Inisiatif pembangunan portal NCIIC bertujuan untuk mewujudkan pangkalan data pelbagai maklumat berkaitan industri pembinaan bagi kegunaan industri, sama ada untuk penggubalan dasar, perancangan strategik, pelaburan, penyelidikan saintifik, penanda aras pembangunan industri dan penyelidikan berkaitan industri pembinaan. Perkhidmatan PMC untuk projek portal NCIIC telah dilaksanakan dari 2016 hingga 2017.