Share:
GalleryNewsUncategorized

Pameran Bagi Majlis Anugerah Pembangunan Negara(APN) Tahun 2024 – 22 Oktober 2024

Wakil Pusat Latihan myBIM Malaysia memberi penerangan secara ringkas mengenai BIM di ruang pameran sempena Pembangunan Negara Tahun 2024
APN 2024 meneruskan usaha untuk mengiktiraf Kementerian/ Jabatan/ Agensi atas usaha gigih dan kejayaan dalam mengurus program/projek pembangunan negara. APN juga bertindak sebagai penanda aras bagi memastikan program/ projek Kerajaan yang menggunakan wang rakyat diuruskan dengan baik, memberi manfaat sepenuhnya, dan mencapai hasil yang diharapkan demi memenuhi keperluan rakyat, sekaligus meningkatkan pencapaian Rancangan Pembangunan Lima Tahun.