A few details
PROJECT DESCRIPTION
Skim Insentif BIM ialah program pembiayaan untuk syarikat yang menjalankan projek pembinaan menggunakan BIM dalam bentuk tawaran perisian BIM dan program Latihan BIM secara percuma. Program ini diperkenalkan sebagai salah satu inisiatif CIDB kepada ahli industri pembinaan (kontraktor atau perunding) untuk mempromosikan penggunaan BIM dalam industri pembinaan Malaysia. Objektifnya adalah untuk mengembangkan dan mengukuhkan penggunaan BIM dalam industri pembinaan.
Dalam menyokong pelaksanaan BIM bagi projek Kerajaan dari tahun 2017 hingga 2019, CIDB telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM2.9 juta dan telah memberi manfaat kepada 69 syarikat.
Sehingga kini, 69 syarikat telah mendapat manfaat daripada skim tersebut. CIDBEC bertindak sebagai penyelaras program yang dilantik oleh CIDB dari 2017 hingga 2019.