KENYATAAN TENDER :MEMBEKAL DAN MENYELENGGARA PUSAT PEMULIHAN BENCANA (DISASTER RECOVERY-as-a-SERVICES) (DRaaS) UNTUK TEMPOH 2 TAHUN

CIDB E-Construct Services Sdn Bhd sebuah anak syarikat kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB Malaysia) ingin menjemput syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang mempunyai Kod Bidang seperti dibawah untuk menyertai tender seperti berikut:

Tajuk TenderKod Bidang PendaftaranTarikh Buka TenderTarikh Tutup TenderUrusetia Tender
MEMBEKAL DAN MENYELENGGARA PUSAT PEMULIHAN BENCANA (DISASTER RECOVERY-as-a-SERVICES) (DRaaS) UNTUK TEMPOH 2 TAHUN  210102   210103   210105   210106   (WAJIB)   dan   210107 atau 210109  02 Februari 2023 (Khamis)   13 Februari 2023 (Isnin) Jam 12.00 tengah hari   Tawaran yang dihantar selepas jam 12.00 tengah hari pada tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan1) Pertanyaan Teknikal: Encik Syamsul Fikram Hassan   2) Pertanyaan Am : Puan Nor Dalila Mohd Mualip   No. Tel: 03-4040 0399

Dokumen tender akan dijual mulai dari 02 Februari 2023 (Khamis) hingga 13 Februari 2023 (Isnin)  pada waktu pejabat (9.00 pagi – 5.00 petang) di pejabat CIDB E-Construct Services Sdn Bhd, Tingkat 11, Menara Sunway Putra, Lot 100, Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur dengan menyertakan wang tunai berharga RM 300.00. Petender dikehendaki membawa bersama cop syarikat, Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia yang asal semasa membeli dokumen tender.

Empat (4) salinan dokumen tawaran tender yang dihantar hendaklah dikemukakan dalam sampul surat berlakri dan di masukkan ke dalam Peti Tender di alamat seperti berikut:

Ketua Pegawai Eksekutif
 CIDB E-Construct Services Sdn Bhd,
Tingkat 11, Menara Sunway Putra,
Lot 100, Jalan Putra,
50350 Kuala Lumpur